Allahumma solli a3la Muhammad.
Siapa
kata sendiri itu tidak bahagia? Tidak menggembirakan? Zahirnya, orang
mungkin nampak seseorang yang bersendirian itu menyedihkan kerana kekosongan
tanpa ditemani. Namun, pada hakikatnya mereka yang bersendiri itu lebih bahagia
sebenarnya.
Bila
sendiri, kita mempunyai banyak ruang untuk muhasabah diri. Biarpun
sendiri, kita tetap takkan berada dalam relung kesunyian. Kerana dengan
bersendiri, kita mampu merasai kehadiranNya di sisi kita. SubhanaAllah! Mampu
untuk merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan.
Sendiri,
mengajar kita untuk memperbaiki diri sendiri tanpa gangguan dan halangan
daripada mereka-mereka.
Sendiri
itu terapi. Terapi untuk menguatkan iman. Terapi untuk perbaiki hubungan dengan
Sang Pencipta. Terapi untuk memperbaiki habluminnanas (hubungan sesama
manusia). Terapi untuk membetulkan setiap yang sumbang.
Kerana,
dengan bersendiri, seseorang mampu untuk berfikir dengan rasional tentang
segala hal duniawi mahupun ukhrawi. Mampu membuatkan seseorang mencari kembali
dirinya yang telah hilang. Mampu menilai antara kaca dan permata. Mampu
membezakan antara hitam dan putih.
Sendiri
itu juga terapi untuk menghapuskan parut-parut dosa yang dilakukan. Apa gunanya
berteman seandainya diulit dengan cengkaman dosa? Tentulah hati takkan tenang
apabila dosa-dosa tersebut menghantui. Astargfirullahalazim...
Sesungguhnya,
sendiri itu terapi yang indah. Terlalu indah bagi mereka yang benar-benar
memahami istilah sendiri. Allah SWT ciptakan sendiri itu untuk mengembalikan
semula hambaNya yang 'hilang'. Dia biarkan kamu yakni insan yang terpilih untuk
bersendiri hanya semata-mata inginkan kamu kembali ke jalanNya. Bukan untuk
menghukum kamu. Sebaliknya, untuk menyatakan kasih sayangNya kepada
hamba-hambaNya.
Jadi,
janganlah bersedih apabila sendiri. Bersangka baiklah dengan Allah.
Allah
SWT berfirman:
"Aku
akan bersama (mengikut) sangkaan hamba-hambaKu. Maka hendaklah kamu bersangka
dengan apa yang kamu inginkan" (Hadis Qudsi Riwayat At-Thabrani)
Percayalah,
setiap keadaan atau peristiwa itu mempunyai hikmah yang kadangkala dapat kita
fikir sendiri (namun kadangkala hikmah itu tidak dapat difikir oleh kita
manusia biasa). Ingat, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
"...boleh jadi kamu membenci
sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu
sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."
(Surah al-Baqarah, ayat 216)
(Surah al-Baqarah, ayat 216)
Biarlah
kita buruk dan hina pada pandangan manusia, namun cantik dan suci pada
pandangan Allah SWT :)
Wallahua3lam...
No comments:
Post a Comment